Aug 1, 2015

Tips Kaki Jalan : Persiapan Sebelum Travel

Salam. Kesinambungan bagi mereka yang belum ada pengalaman ke luar negara. Tips ini bagi persediaan sebelum tarikh berlepas untuk memastikan travel anda bahagia sepanjang perjalanan tanpa sebarang masalah.

Tips 1 : Pastikan korang dah scroll mouse cari hotel atau tempat penginapan. Ini yang paling penting. Kalau servey lambat, takut nanti tido bawah jambatan je la korang. Selalunya korang boleh rujuk di Agoda, Trivago dll untuk maklumat berkaitan harga dan availability tmpt penginapan yang korang nak. 

Tips 2 : Survey barang ape yg patut dibawa dan yang tak patut. Kalau rasa tempat korang pegi tu sejuk, jgn la sedia baju takde lengan bagai. Mati katak la. Buat beberapa blog walking untuk dapatkan maklumat berkaitan cuaca dan pakaian yg sesuai. Jangan lupa medicine dan international socket. Packing semampu yang boleh je. Jangan la bawak satu bilik. 

Tips 3 : Money changer. Check rate money changer di internet untuk memastikan tidak ditipu oleh peniaga money changer. Survey kat mana biasanya money changer yang selalu dikunjungi kawan yang selalu travel. Banding beza rate dulu sebelum tukar. 

Tips 4 : Pastikan pasport masih belum expired, boarding pass telah ada. Aku nasihatkan yang ini masuk awal2 dalam beg supaya di hari kejadian korang tak terlupa. Nanti parah kalau nak kena uturn balik amik. Kalau rumah tepi airport takpelah. Kalau yang jauh tu, korang pasrah jela bercuti kat kampung.

Setakat ini jela dulu yang boleh aku kongsikan. Akan disambung ke bahagian yang seterusnya.



No comments: