Jul 31, 2015

Tips Kaki Jalan : Fasa Awal Travel

Salam semua. Kat sini aku nak share sedikit tips yang selalu je orang tanya. Perasan tak sejak tahun kebelakangan ni ramai anak-anak muda sekarang mengisi masa terluang dengan melancong dan melawat ke luar negara. Mengenali budaya negara-negara yang sememangnya lain dan unik dari negara sendiri.

Tapi adakah ini bermaksud hanya yang kaya dan mampu sahaja dapat merasai peluang ini? Yang tak berapa nak kaya ni macam mana? Jawapannya mestilah TIDAK. Disini aku sediakan sedikit tips bagaimana manusia bergaji kecil seperti aku ini dapat merasa kenikmatan ke tempat orang..

Tips 1 : Yang paling penting! Traveller Buddy. Takkan korang nak jalan sorang-sorang kat negara orang, melainkan korang mmg solo traveller kan. Kalau kes aku memang aku takkan keluar sorang-sorang, tak sempat keluar dah kena sebat dengan Mak guna pelepah kelapa! Kalau boleh cari traveller buddy yang sehati sebulu dengan korang.

Tips 2 : Pilih tempat yang korang rasa sesuai dengan jiwa korang. Yang hari-hari termimpi-mimpi. Tapi jangan pulak ukur baju kat badan gajah. Selera besar nak pergi Eropah konon padehal gaji cabuk je....macam aku. Selera tu biar berpada-pada. Macam aku selalu termimpi-mimpi tempat yang boleh shopping je. Heol.

Tips 3 : Selalu lah check Airlines yang buat promo habis-habisan. Untung kalau boleh jimat part tiket ni sebab korang boleh save untuk pergi kat tempat lain pulak. Kalau boleh terus sign in jadi member untuk dapatkan update pasal promo Airlines ni. Sebabnya bila dah start beli, nanti tangan korang gatal-gatal macam aku asik telek je harga tiket setaip hari. lol.Kalau ade tiket murah terus grab. Tak perlu nak pikir 400 kali. Nanti takut menyesal tak sudah.

Tips 4 : Bile dah dapat grab tiket, yang paling penting mula lah untuk menabung. Ini saranan untuk mereka yang tak suka korek duit simpanan semata-mata untuk travel macam aku. Baik adakan tabung khas untuk travel sendiri. Nanti tak la kacau life saving korang. Jangan balik dari travel nnt makan ikan kering sebulan. Kering badan!


Bila dah dapat choose tempat, dah dapat tiket, kawan travel pon okay je secocok, barulah korang fikir macam mana nak urus hotel, money changer bla bla bla bla... Tips berikutnya akan di buat kemudian.




No comments: