Aug 1, 2015

Tips Kaki Jalan : Lapangan Kapal Terbang

Salam. Entri ini khas dibuat bagi mereka yang belum pernah mengalami situasi berada di lapangan kapal terbang. Sistem airport mungkin berbeza mengikut syarikat Airlines. Apa yang penting perkara pertama yang korang perlu lakukan adalah berada tepat pada waktu di airport. Lebih manis jika korang hadir 2-3jam lebih awal dari  waktu penerbangan. bukan apa. Sebelum sampai ke balai pelepasan, korang akan melalui chekpoint Imigresen dan Kastam. Kadang-kadang benda ni je dah amik masa lama untuk di settle kan. Pastikan tiada cecair lebih dari 100ml berada dalam hand luggage korang. Spray pon jangan bawak especially ubat ketiak versi spray. Kompem lagi lama di interview oleh pihak kastam.

Bagi yang suka bawa pakaian yang banyak ketika travel kononnya untuk kegunaan OOTD, sangat digalakkan untuk membeli luggage drop bagi penerbangan AirAsia. Ini untuk mengelakkan beg korang kena tahan sebab saiz yang tidak dibernarkan. Pengalaman paling teruk aku kena dengan pihak AirAsia tahun 2013 sewaktu ke Ho Chi Minh City. Pihak AirAsia membuat pertuduhan bahawa beg aku terlebih besar sedikit dari saiz yang dibenarkan, so aku dilarang untuk bergerak ke balai pelepasan. Bila dah gelabah macam tu ape lagi aku keluarkan semua barang masuk dalam beg plastik je kau. Tinggal beg troli dalam toilet suruh kawan tolong ambilkan. Tawakal je la kalau beg tu hilang. Pengalaman indah sungguh.

Selepas selesai di pintu perlepasan, pastikan korang ready passport dan boarding pass untuk pengecaman pihak Imigresen pula. Tapi airport sekarang dah makin canggih. Pakai Autogate je. Scan pasport then setel. Yang jadi masalah bile korang kena menghadap pihak Kastam. Yang ni leceh sikit. Sape pakai benda-benda berlogam tu memang digalakkan untuk tanggal awal-awal. Kadang-kadang brooch tudung pon boleh buat mesin tu berbunyi. Melampau sungguh. Macam menggalakkan orang freehair je. LOL.

Selepas habis di stesen Kastam. Korang terus akan tiba di balai pelepasan dan mengikut gate penerbangan yang telah ditetapkan airport. Waktu ni mmg free. Nak beli air berbotol-botol pon tak kisah. Cuma makanan dalam bahagian balai pelepasan ni agak mahal berbanding diluar. Ready je la poket masing-masing.

Jangan sibuk nak enjoy je di balai pelepasan tu, pastikan korang alert dengan pintu gate korang untuk memastikan korang sedar bile nak naik flight. Nanti sibuk selfie tak hengat dunia, rupanya orang lain dah kat dalam perut kapal terbang dah. Korang masih lagi berselpi. Sila sambung selpi dalam flight.




1 comment:

Nor Hanis said...

Sugoi Mishnatt. Keep it up tulis banyak-banyak travel tips. Teringat peristiwa beg besar tak lepas boarding. Nasib baik selamat beg tinggal dalam toilet. Pengalaman berharga. Aku pun belajar sekali. Heheheheh~